Pengerusi MTTJ Terima Undangan ke Program Program Retreat Surau Al Ansar 2025

18 Januari 2025 – Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), Dr. Haji Abdullah Ismail telah diundang khas pada pagi ini ke program perkongsian bertajuk “Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Masjid”  anjuran Surau Al-Ansar, Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

Program yang diadakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang ini menampilkan perkongsian daripada Dr. Haji Abdullah Ismail dan Tuan Haji Hafizan Samadi, Ketua Pegawai Hospitaliti MTTJ mengenai pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh MTTJ dalam usaha mengimarahkan solat berjemaah. 

Melalui pelbagai pendekatan strategik dan pengurusan yang tersusun, usaha MTTJ telah berjaya meningkatkan kehadiran jemaah hingga memenuhi ruang di dalam dewan solat, terutama pada waktu solat Subuh, dan ia satu pencapaian konsisten yang terus dikekalkan sejak tahun 2017 sehingga kini.

Sementara itu, Surau Al-Ansar dalam hantaran di media sosialnya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Haji Abdullah dan Tuan Haji Hafizan atas kesudian memenuhi jemputan serta berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat berharga.

 

2 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama