Masjid MTTJ Terima Kunjungan Pertubuhan Kebajikan Islam Kg. Selayang Indah

26 Januari 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah menerima kunjungan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Kg. Selayang Indah, Wilayah Persekutuan pada pagi ini.

Rombongan seramai 44 orang peserta itu disambut oleh Tuan Haji Hafizan Samadi, Ketua Skuad Penyambut Tetamu MTTJ. Seusai menunaikan solat Subuh, para peserta dibawa ke Dewan Seminar MTTJ untuk mendengar taklimat khas yang disampaikan oleh Tuan Haji Hafizan.

Taklimat tersebut memberi penekanan kepada model aktiviti pengimarahan masjid yang dilaksanakan di MTTJ, bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan membincangkan amalan terbaik dalam pengurusan masjid.

 

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama