
31 Januari 2025 – Biro Kebajikan dan Sosial Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah membuat penghantaran sebuah katil mudah laras ke rumah ahli khariah MTTJ yang memerlukan pada petang ini.
Aktiviti tersebut melibatkan penghantaran katil dari Jalan TJ 4/8 ke rumah penerima, Samsari Bin Baharudin, di no. 29, Jalan TJ 4/1. Katil tersebut disediakan khusus untuk kegunaan ayahnya yang sudah berusia dan uzur, serta memerlukan katil mudah laras kerana mengalami masalah pernafasan.
Usaha ini turut mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga penerima yang turut menguruskan kenderaan bagi membawa katil berkenaan. Penyelarasan penghantaran diketuai sendiri oleh En. Ab Manaff Safien, Pengerusi BKS MTTJ, yang memastikan kelancaran proses penghantaran.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan BKS MTTJ dalam membantu komuniti setempat yang memerlukan.


Catat Ulasan