Kuliah Maghrib 29 Mac 2025, Ustaz Haji Mohd Asri Awang

Tarikh Penceramah Tajuk
29/04/2025 Ustaz Mohd Asri Awang

Nota Kuliah

Bolehkah Bersalam Dengan Ibu/Bapa Tiri?


"Diharamkan ke atas kamu berkahwin dengan (1) ibu-ibumu, (2) anak-anak perempuanmu, (3) saudara-saudaramu perempuan, (4) saudara-saudara bapamu (mak cik sebelah bapa), (5) saudara-saudara ibumu (mak cik sebelah ibu), (6) anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu lelaki (anak saudara perempuan sebelah abang atau adik lelaki), (7) anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu perempuan (anak saudara perempuan sebelah kakak atau adik perempuan), (8) ibu-ibu yang telah menyusukan kamu, (9) saudara-saudara perempuan sesusuan, (10) ibu-ibu isterimu, (11) anak-anak tirimu yang dalam pemeliharaanmu daripada isteri-isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan mereka, maka tidak berdosa atas kamu (mengahwini mereka); (12) isteri-isteri anak kandungmu (menantu perempuan); dan (13) menghimpunkan dua saudara perempuan sekaligus kecuali yang telah berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."—  Surah An-Nisa' 4:23


Jawapan

Situasi 1:

Jika ibu atau bapa tiri hanya bernikah tetapi belum berlaku hubungan badan (belum bersetubuh), maka haram bersalam kerana mereka masih bukan mahram.


Situasi 2:

Jika ibu atau bapa tiri telah berhubungan badan (sudah bersetubuh selepas pernikahan), maka boleh bersalam kerana mereka telah menjadi mahram selama-lamanya.


Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama