
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
01/05/2025 | Ustaz Mohd Firdaus Mohd Azmy | — |
Perang Hunain
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam banyak medan peperangan; dan (ingatlah peristiwa) dalam peperangan Hunain, ketika kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak sedikitpun memberi faedah kepada kamu, dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling lari ke belakang."—Surah al-Taubah 9:25
"Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, serta menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan ia menyeksa orang-orang kafir itu; dan yang demikian itulah pembalasan kepada orang-orang yang kafir."—Surah al-Taubah 9:26
Latar belakang Perang Hunain
Perang Hunain berlaku pada tahun 8 Hijrah, iaitu 19 hari selepas Peristiwa Fathul Makkah. Selepas pembukaan kota Makkah, majoriti kabilah Arab memeluk Islam — kecuali dua kabilah iaitu Hawazin dan Saqif. Mereka masih enggan menerima Islam kerana menyangka mereka masih mampu menentang seperti kaum Quraisy dahulu.
Ketua mereka, Malik bin ‘Auf, memimpin strategi luar biasa: beliau mengarahkan agar wanita, kanak-kanak, dan harta benda turut dibawa ke medan perang. Ini bertujuan untuk memastikan para pejuang Hawazin dan Saqif berjuang habis-habisan kerana mereka tidak mahu keluarga mereka menjadi tawanan.
Seorang tokoh tua bernama Duraid bin as-Simmah menegur strategi ini, menyatakan bahawa tidak pernah berlaku orang berperang membawa keluarga dan harta bersama. Namun Malik tetap berkeras.
Nabi Muhammad SAW mendapat maklumat ini dan mengumpulkan tentera Islam seramai 12,000 orang — 10,000 dari Madinah dan 2,000 dari Makkah, hasil daripada mereka yang baru memeluk Islam selepas Fathul Makkah.
Disebabkan jumlah tentera yang ramai, sebahagian daripada mereka merasa bangga dan yakin dengan bilangan. Namun Allah SWT menegur sikap ini sebagaimana dalam ayat 25 tadi. Bilangan ramai bukanlah penentu kemenangan.
Contoh sebelum ini:
Perang Badar: 313 tentera Islam menewaskan lebih 1,000 tentera Quraisy.
Perang Mu’tah: 3,000 menentang 200,000 tentera Rom. Jumlah bukan ukuran kemenangan.
Permulaan Perang Hunain
Apabila tentera Islam tiba di lembah Hunain, mereka diserang hendap oleh pihak musuh yang sudah bersedia. Ini menyebabkan kekelabutan dan ramai tentera Islam berpaling lari. Yang tinggal hanya Nabi SAW bersama Abu Sufyan dan al-‘Abbas, yang terus bertahan.
Nabi SAW ketika itu menunggang keldai putih, tidak lari, menunjukkan keberanian luar biasa. Baginda meminta al-‘Abbas menyeru semula para sahabat yang melarikan diri.
Akhirnya, dengan semangat dan kekuatan yang dikembalikan oleh Allah SWT — sebagaimana disebut dalam ayat 26 — tentera Islam berjaya mengatur semula barisan dan menyerang balas. Kemenangan berpihak kepada Islam dengan 70 orang tentera musuh terbunuh dan rampasan perang paling besar dalam sejarah peperangan Islam.
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”—Surah Al-Sajdah, 32:16
Lambung jauh dari tempat tidur – maksudnya mereka rajin bangun malam untuk menunaikan solat malam (qiyamullail).
Berdoa dengan takut dan harap – mereka berdoa dengan penuh pengharapan dan ketakutan kepada Allah SWT.
Menafkahkan sebahagian rezeki – mereka berinfaq kepada golongan miskin, sama ada yang meminta mahupun yang tidak meminta.
"Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah). Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian."—Surah Az-Zariyat, 51:17–19
Ini merupakan doa Nabi Adam A.S. dan Hawa selepas mereka melanggar larangan Allah SWT agar tidak menghampiri pokok yang dilarang.
Hadis-Hadis Berkaitan Doa:
-
Hadis Qudsi tentang waktu malam:"Allah SWT turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir lalu berkata: ‘Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan perkenankan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku akan beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka Aku ampunkan.’"(HR. al-Bukhari no. 1145, HR. Muslim no. 758)
-
Tiga golongan yang doanya tidak ditolak:"Tiga doa yang mustajab dan tidak diragui padanya: doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir, dan doa ibu bapa kepada anaknya."(HR. Abu Daud no. 1536, Hasan menurut al-Albani)
-
Doa tanpa pengetahuan orang yang didoakan:"Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuannya akan dimakbulkan. Di sisi kepalanya ada malaikat yang ditugaskan, setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat itu berkata: ‘Amin, dan untukmu juga seperti itu.’"(HR. Muslim no. 4916)


















Catat Ulasan