
9 Mei 2025 — Satu sesi perjumpaan rasmi telah diadakan antara Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah @ Masjid Temerloh Jaya (MTTJ) Biro Kebajikan dan Sosial (BKS MTTJ), bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyFundAction pada petang ini bagi membincangkan kerjasama strategik pelaksanaan ibadah qurban berkonsepkan Ready to Eat.
Majlis pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Safri Harun, dan turut dihadiri oleh Pengerusi BKS, Encik Ab. Manaff Safien, bersama empat orang Ahli Jawatankuasa BKS iaitu Encik Nasran Hussin, Encik Borhan Mohd Marzuki, Encik Azmi Ahmad, dan Encik Jasni Ismail.
Pihak MyFundAction pula diwakili oleh lima pegawai; diketuai oleh Ahmad Shafiee bin Mohd Apendai (Pegawai Masjid dan Komuniti), Nur Haziqah binti Seth (Pengurus Operasi MyFundAction Pahang), Nur Farzana binti Faruvash Khan (Unit Operasi MyHeart), Suhaila Faiqah Suhaimi (Yosh Leader Pantai Timur) dan Mohamad Yusif (Sales Executive QC4U).
Pertemuan yang berlangsung seusai solat Jumaat ini merupakan medan perbincangan ke arah memperkukuh sinergi antara BKS MTTJ dan MyFundAction, khususnya dalam menjayakan projek ibadah qurban yang lebih sistematik dan berimpak tinggi.
MyFundAction merupakan antara rakan strategik yang konsisten menyalurkan sumbangan bulanan kepada pihak BKS MTTJ dalam pelbagai bentuk sokongan kebajikan dan komuniti.













Catat Ulasan