
22 Mei 2025 — Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah @ Masjid Temerloh Jaya (MTTJ) telah mengadakan program agihan bantuan kepada golongan asnaf pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi di Dapur Masjid Temerloh Jaya. Seramai 45 kotak bantuan daripada MyFundAction berjaya diagihkan kepada penerima yang layak.
Program ini disempurnakan dengan kerjasama beberapa ahli BKS, termasuk En. Manaff bin Safien, En. Razali Awang Kechik, En. Jasni Ismail, En. Borhan Mohd Marzuki, Pn. Hasnah Mat Yassin, dan Pn. Zaleha Haron. Dua kotak bantuan terpaksa dihantar ke rumah penerima oleh pihak BKS atas sebab ketiadaan kenderaan.
Sementara itu, En. Ab Manaff Safien yang juga Pengerusi BKS, merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada MyFundAction atas sumbangan yang diberikan dan berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan bagi meringankan beban golongan asnaf. Malah program sebegini juga dapat memperkukuh hubungan antara komuniti dan institusi masjid.
















































Catat Ulasan