
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
08/05/2025 | Ustaz Syed Mukhtar Syed Yang Jamalulai | — |
Kiamat adalah suatu peristiwa besar yang pasti berlaku, dan Rasulullah SAW telah mengingatkan umatnya tentang tanda-tanda yang akan mendahului kedatangannya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah r.a., Rasulullah SAW bersabda bahawa kiamat tidak akan berlaku sehingga dunia ini dikuasai oleh manusia yang tidak diketahui asal keturunan dan buruk akhlaknya. Mereka ini dikenali sebagai Luka’ bin Luka’, iaitu golongan hina yang menjadi pemimpin masyarakat. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (no.974).
Namun sebelum keadilan itu ditegakkan, fitnah akan tersebar luas. Dalam satu hadis lain oleh Abu Sa‘id al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda bahawa fitnah pada akhir zaman akan terbentang seperti tikar, dan manusia tidak dapat mengelak daripada kezaliman yang berlaku.—(Riwayat Ahmad)
Dalam satu lagi riwayat oleh Huzaifah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW menjenguk para sahabat dan bertanya apakah yang sedang mereka bincangkan. Mereka menjawab bahawa mereka sedang mengingati hari kiamat. Maka Rasulullah SAW pun menjelaskan beberapa tanda kiamat seperti munculnya asap, terbitnya matahari dari sebelah barat, dan turunnya Nabi Isa a.s. anak Maryam ke bumi. —(Riwayat Muslim)
Dajjal ialah makhluk yang bijak memutar belit kebenaran dan menyesatkan manusia dengan pelbagai tipu daya. Nabi SAW mengingatkan umatnya supaya berhati-hati terhadap fitnah besar ini.






















Catat Ulasan