7 Jun 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah @ Masjid Temerloh Jaya (MTTJ), Taman Temerloh Jaya pagi ini menjadi tumpuan umat Islam setempat bagi menyemarakkan sambutan Aidiladha dengan penganjuran Program Ibadah Korban Perdana.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan ringkas oleh Pengerusi Masjid, Dr. Abdullah Ismail. Seterusnya, solat sunat Aidiladha bermula jam 8.30 pagi, diimamkan oleh Imam Ustaz Haji Mohd Asri Awang.
Sejurus selepas solat, khutbah Aidiladha telah disampaikan oleh Imam Muhamad Shakir Ramizul. Khutbah tersebut mengupas erti pengorbanan dan kebersamaan dalam ibadah korban.
Kemuncak program adalah penyembelihan lembu-lembu korban yang dilaksanakan selepas solat sunat Aidiladha. Pada tahun ini, MTTJ berjaya mengumpulkan sebanyak 11 ekor lembu untuk dikorbankan, melibatkan penyertaan seramai 77 orang penama.
Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jemaah, peserta korban, sukarelawan, dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Ibadah Korban Perdana MTTJ pada tahun ini.
Catat Ulasan