
26 Julai 2025 — Fun Run SK Batu Kapor 2025 yang berlangsung pada pagi Sabtu menyaksikan penglibatan pelbagai pihak termasuk penyertaan enam orang wakil daripada Remaja Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ).
Program anjuran Sekolah Kebangsaan Batu Kapor itu bermula seawal jam 8.30 pagi dan melibatkan larian sejauh 4 kilometer. Setiap peserta yang mengambil bahagian telah menerima pingat serta t-shirt edisi khas sebagai tanda penghargaan pihak penganjur.
Remaja MTTJ merupakan antara entiti yang aktif di bawah pengurusan MTTJ, dengan penglibatan yang konsisten dalam pelbagai program berbentuk kerohanian, kemasyarakatan dan kesukanan. Penyertaan dalam acara ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkasa peranan remaja masjid melalui aktiviti yang bersifat terbuka dan menyumbang kepada pembangunan sahsiah.
Antara peserta yang mewakili MTTJ ialah Abdul Rahman bin Abdul Muzaffar, Ahmad Faiz Syahmi bin Mohd Kamal, Luqman Hakim bin Izaini, Danish Mu’azzim bin Noraznizam, Muhammad Khuzaimie bin Hamdan, Aisyah Nuha Zahira binti Hamdan dan Muhammad Darwish Haziq bin Mohd Daud.
Penyertaan ini juga selari dengan aspirasi MTTJ dalam memperkukuh peranan masjid sebagai pusat pembangunan komuniti yang menyeluruh, merangkumi aspek spiritual, intelektual dan fizikal.



Catat Ulasan