Pengambilan Dan Penghantaran Katil BKS ke TJ 8/5



11 Ogos 2025 — Biro Kebajikan dan Sosial, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (BKS-MMTJ) pada petang ini telah melaksanakan aktiviti pengambilan dan penghantaran satu unit katil daripada Taman Sagumpas untuk diserahkan kepada seorang penerima di Jalan TJ 8/5.

Penerima manfaat terkini di TJ 8/5 iaitu En. Seegar A/L Perumal diserang penyakit strok dan memerlukan sebuah katil mudah laras untuk memudahkan pergerakannya.

Proses penghantaran diselesaikan pada jam 7.00 malam dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik En. Azam Aziz (Badan Khairat Kematian).

Pengerusi BKS yang mengendalikan sendiri proses tersebut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya En. Jasni Ismail, En. Razali Awang Kechik dan En. Azam Aziz, atas kerjasama dan sumbangan tenaga yang diberikan.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama