
13 Ogos 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah @ Masjid Temerloh Jaya (MTTJ) hari ini menerima kunjungan daripada delegasi Masjid Sultan Ahmad Shah Jengka dan Masjid Al-Muadzam Shah, Rompin. Delegasi seramai 12 orang itu diketuai oleh Ustaz Ahmad Zikry bin Ahmad Naszemi, Imam 1 Masjid Al-Muadzam Shah, bersama barisan pegawai serta ahli jawatankuasa masjid berkenaan.
Rombongan memulakan lawatan dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di MTTJ sebelum dibawa bersarapan pagi. Seterusnya, mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat lawatan Penanda Aras yang dipengerusikan oleh Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi MTTJ bersama barisan Ahli Jawatankuasa dan pegawai masjid.
Dalam ucapan ringkasnya, Ustaz Ahmad Zikry menyatakan bahawa tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan berkaitan aktiviti pengurusan dan pengimarahan masjid.
Majlis diakhiri dengan sesi lawatan ke sekitar kawasan MTTJ bagi melihat kemudahan dan prasarana yang disediakan.










Catat Ulasan