Forum Panduan Umum Zakat

 

12 Ogos 2025 — Satu forum berkenaan zakat diadakan pada malam ini di dewan solat utama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), selepas solat Maghrib, menggantikan slot Kuliah Maghrib.


Program yang bertujuan memberi pencerahan kepada masyarakat berkenaan panduan zakat dan isu-isu semasa ini menampilkan dua panel jemputan, iaitu Ustaz Ahmad Dasuki, Perunding Zakat Kaunter Bergerak, Pusat Kutipan Zakat Pahang, dan Ustaz Mohamad Lukmanulhakim bin Jalaluddin, Pegawai Zakat Pahang, Cawangan Temerloh. Forum ini dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Zihni Bin Simat selaku moderator.


Dalam forum ini, para panelis memberikan penjelasan mengenai panduan umum zakat serta mengupas permasalahan-permasalahan berkaitan zakat yang sering timbul dalam masyarakat.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama