
28 Ogos 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah melaksanakan Solat Hajat Khas selepas solat Maghrib pada malam ini, ia selaras titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Titah tersebut dizahirkan baginda melalui hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, semalam, menyeru semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat hajat dan doa menolak bala berikutan siri bencana gempa bumi yang melibatkan Malaysia baru-baru ini.
Solat di MTTJ dipimpin Imam Nasrullah Abd Ghani.













Catat Ulasan