Wanita Bijak Era Digital: Masjid MTTJ Jadi Venue Suri Siber Pahang 1st



21 Sept 2025 —  Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) menjadi lokasi penganjuran Program Suri Siber Pahang 1st: Wanita Bijak Era Digital yang berlangsung selama dua hari pada 20 dan 21 September 2025.


Program anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MMAP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Persatuan Amal Wanita Pahang di Ibukota (PERAWANI), Pusat Ko-Kurikulum Berkreddit (CCC) UIAM, serta MTTJ itu menghimpunkan suri rumah, mahasiswi dan wanita setempat untuk memperkukuh pengetahuan serta kemahiran dalam bidang teknologi digital.


Program selama dua hari ini adalah satu menifestasi bahawa MTTJ telah memainkan peranan bukan sahaja sebagai pusat ibadah, tetapi juga sebagai ruang pendidikan, pembangunan komuniti dan pemerkasaan masyarakat dalam menghadapi cabaran perkembangan dunia pada hari ini.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama