Bengkel Teknik Mudah Menghafaz Al-Quran di Masjid Temerloh Jaya



20 September 2025  — Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang dengan kerjasama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Temerloh Jaya (MTTJ) telah berjaya menganjurkan Bengkel Teknik Mudah Menghafaz Al-Quran Siri 1 yang berlangsung pada pagi tadi di Dewan Solat Utama Masjid.


Menurut En. Mohd Zulfaka Sabri, Pengerusi Biro Pendidikan & Sahsiah Remaja MTTJ, Program yang bermula jam 8.00 pagi ini berjaya mengumpul seramai 36 peserta, berumur 11 dan 12 tahun (lelaki sahaja). Dengan yuran penyertaan sebanyak RM20.00 termasuk jamuan makan, bengkel ini memberikan peluang kepada peserta untuk mendalami kaedah hafazan Al-Quran secara lebih mudah, praktikal dan menyeronokkan.


Bengkel mengetengahkan modul interaktif yang dirangka khusus mengikut tahap umur peserta. Peserta turut mendapat bimbingan langsung daripada tenaga pengajar berpengalaman yang berkongsi teknik hafazan berkesan dan sistematik.


Seramai 9 orang tenaga pengajar dan fasilitator dari Maahad Tahfiz Thurat Negeri Pahang terlibat dalam menjayakan bengkel ini, diketuai oleh Ustaz Amiruddin selaku koordinator utama. Antara guru tasmid dan tenaga akademik yang turut serta ialah:

Ustaz Akram, Ustaz Kamarul Hanafi, Ustaz Abdul Munir, Ustaz Lokman, Ustaz Uwais, Ustaz Akmil, dan Cikgu Azim dann En. Ammar (Media).


Program dijangka berakhir pada jam 3.00 petang.



Gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.




Gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama