Program Ziarah Kasih BKS MTTJ ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH)



29 Oktober 2025 — Kira-kira jam 5.00 petang hari ini, Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah mengadakan Program Ziarah Kasih ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH), Temerloh. Program ini dilaksanakan sendiri oleh Pengerusi BKS, Encik Ab Manaff Safien.


Tujuan program ini adalah untuk menziarahi empat orang ahli kariah MTTJ yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan akibat pelbagai masalah kesihatan. Mereka ialah:


1. Encik Amaluddin Aziz (TJ 9) – Lumpuh kedua-dua kaki akibat terjatuh.
2. Encik Ahmad Tarmimi Abdullah (TJ 1) – Mengalami komplikasi buah pinggang dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis.
3. Encik Amran (TJ 7) – Penyakit berulang, lelah dan sesak nafas.
4. Puan Norzannah Hadya (TJ 7) – Uzur akibat faktor usia dan menghidap kanser.

Selain kunjungan mesra, pihak BKS turut menyampaikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka yang sedang diuji serta sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral daripada pihak masjid.


Program Ziarah Kasih ini merupakan antara inisiatif berterusan BKS MTTJ dalam memperkukuh hubungan silaturahim sesama ahli kariah, di samping menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat. Masjid berharap agar semua ahli kariah yang sedang sakit dikurniakan kesembuhan dan dapat kembali bersama-sama berjemaah, berukwah dan memakmurkan masjid.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama