Laporan BKS, 30 Oktober 2025



LAPORAN AKTIVITI
BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL (BKS)
MASJID TENGKU MAHKOTA TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH (MTTJ)

Tarikh: 30 Oktober 2025
Masa: Selepas solat Isyak
Tempat Berkumpul: Wakaf Masjid Temerloh Jaya (MTTJ)
Tugasan: Mengambil dan menghantar katil serta kerusi roda daripada TJ3 ke TJ9
Kenderaan Digunakan: Hilux milik En. Zam (Mahkamah)

Pada lebih kurang jam 9.00 malam, pasukan Biro Kebajikan & Sosial (BKS) yang terdiri daripada En. Ab. Manaff Safien (Pengerusi BKS), En. Azmi, dan En. Jasni dengan bantuan En. Mohamed Azam Aziz telah melaksanakan tugasan pemindahan katil wakaf MTTJ.


Katil berkenaan diambil dari rumah En. Mahadi di TJ3 yang telah beransur sihat dan dihantar ke TJ9 untuk kegunaan En. Amaluddin Aziz yang mengalami lumpuh pada kedua-dua belah kaki.


Kerja-kerja pemindahan serta penyerahan katil wakaf selesai dilaksanakan dengan lancar pada jam 10.00 malam.


Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan baik dan teratur.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama