31 Oktober 2025 — Pada petang ini telah berlangsung Majlis Restu Ilmu bagi murid Tahun 5, KAFA Imtiyaz di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) sempena peperiksaan UPKK 2025.
Program bermula jam 2.30 petang dengan Solat Hajat dan bacaan Surah Yassin.
Pada jam 3.15 petang, majlis diteruskan dengan sesi Restu Ilmu yang melibatkan guru dan murid. Ibu bapa turut hadir memberi sokongan moral kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tersebut.
Majlis yang berlangsung di Ruang Solat Utama MTTJ ini berakhir sekitar 4.00 petang.
Catat Ulasan