
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
13/07/2025 | Ustaz Hairulazam Abd Rahman | — |
Tafsir Surah Maryam Ayat 96–98
RUMUSAN KULIAH
Surah Maryam ini mengisahkan tentang golongan orang-orang yang beriman. Allah SWT menyatakan bahawa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Ia diturunkan dan dipermudahkan kepada Nabi Muhammad SAW agar baginda mudah menyampaikannya, dan agar manusia juga dapat memahami dan mengamalkannya dengan mudah.
Dalam ayat-ayat selanjutnya, Allah menyebut tentang golongan yang menentang Nabi SAW. Allah juga menimbulkan persoalan: berapa ramai umat terdahulu yang pernah menentang para nabi dan akibat yang mereka hadapi?
Apa yang menjadi harapan dan keutamaan kita ialah agar kita diingati oleh Allah SWT. Sesiapa yang berbuat kebaikan, maka dia adalah orang yang beruntung. Sebaliknya, orang yang tidak beriman bukan sahaja rugi di akhirat, bahkan juga tidak memperoleh keberuntungan di dunia.
Dalam ayat 96, Allah berfirman bahawa sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanam dalam hati mereka perasaan kasih sayang.
Justeru, janganlah ada sifat-sifat keji yang mendorong kepada permusuhan hingga menghilangkan kasih sayang sesama manusia. Untuk berbuat baik, seseorang perlu bersabar dan tidak mengharapkan balasan segera daripada manusia.
Nabi Muhammad SAW telah membina sebuah masyarakat yang luar biasa dengan asas kasih sayang. Oleh itu, kita disuruh untuk menjaga amal ibadah kita, sebagai contoh merapatkan dan meluruskan saf dalam solat berjemaah. Jika saf tidak dirapatkan, hati-hati sesama jemaah akan bercanggah dan timbul perselisihan. Dengan merapatkan saf, perasaan sombong dan perpecahan dapat dihindarkan.





















Catat Ulasan